2 bot tempatan candat sotong tanpa lesen ditahan

Harian Metro - - Setempat -

Kuantan: Jabatan Perikanan Pahang (JPP) menahan dua bot Zon C tempatan bersama 16 awak-awak warga Vietnam membawa 80 alat mencandat sotong tanpa lesen di perairan Tanjung Sekukuh, Pekan, Ahad lalu.

Pengarahny­a Datuk Azahari Othman berkata, rondaan pasukan Bahagian Perlindung­an Sumber JPP di perairan Pekan terserempa­k dengan dua bot berkenaan 21.5 batu nautika pada jam 9 pagi.

Katanya, pemeriksaa­n dijalankan mendapati bot itu berdaftar di Pekan namun tidak memiliki lesen melakukan aktiviti menangkap atau mencandat sotong.

“Tindakan pantas bot ronda Bahagian Perlindung­an Sumber JPP bersama 10 anggota menahan bot bersama nelayan ketika mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke jeti selepas menangkap sotong.

“Pemeriksaa­n ke atas sebuah daripada bot itu membawa kepada penemuan hasil tangkapan sotong pelbagai saiz seberat 100 kilogram (kg) dipercayai untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

DUA bot tempatan yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.