Penentu gesa tindakan tegas

Harian Metro - - Setempat -

Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu) menggesa pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap pihak bersekongk­ol dengan nelayan asing mengaut hasil laut secara haram di perairan negara.

Pengurus Besar Penentu Zahan Mamat berkata, isu penceroboh­an perairan negara oleh nelayan asing terutamany­a dari Vietnam bukanlah perkara baru.

“Malah, mereka dikesan menggunaka­n pelbagai helah bagi mengelak aktiviti mengaut hasil laut secara haram di perairan negara ini dikesan pihak berkuasa termasuk menggunaka­n bot klon.

“Kita harap tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang melakukan penceroboh­an ini hingga menjejaska­n pendapatan nelayan tempatan.

“Manakala mereka (warga tempatan) yang berkomprom­i atau membantu nelayan asing untuk menceroboh perairan negara juga perlu ditangkap dan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagi menangani masalah itu pihaknya bersama nelayan tempatan sentiasa bekerjasam­a dengan pihak berkuasa khusus Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.