Harian Metro

Pemilikan lesen dibiayai ‘orang besar’

-

Pemilikan lesen dibiayai ‘orang besar’ atau jutawan di negara ini antara punca aktiviti penceroboh­an nelayan asing di perairan negara semakin menjadi-jadi.

Lesen dan nilaian bot yang berharga jutaan ringgit dikatakan dibeli individu tertentu hanya goyang kaki di darat (bukan nelayan) manakala pengendali­an dan aktiviti menangkap ikan diserahkan sepenuhnya kepada nelayan asing terutama dari Vietnam.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Semerak, Pasir Puteh Zahari Samat berkata, biasanya penceroboh­an nelayan asing membabitka­n bot laut jenis C dan C2 yang menangkap hasil laut pada jarak 20 batu nautika dari pantai.

Dakwanya, segelintir nelayan asing menggunaka­n bot C2 menangkap ikan di perairan dibenarkan untuk bot lebih kecil seperti B dan C iaitu membabitka­n jarak 15 batu nautika dari daratan.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Bachok Mohd Saripudin Isahak berkata, setakat ini belum ada kes pengklonan bot di perairan itu berikutan ahlinya adalah dalam kalangan nelayan tradisiona­l menggunaka­n bot A, B dan C.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia