Harian Metro

Tiada projek hasil pinjaman RM4 bilion

-

Lumpur: Seorang saksi mengakui di Mahkamah Tinggi di sini, bahawa sehingga kini tiada projek dapat dilihat hasil pinjaman RM4 bilion oleh SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC Internatio­nal) daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadan­kan (KWAP).

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Kementeria­n Kewangan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata demikian ketika menjawab soalan cadangan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Suhaimi Ibrahim.

Suhaimi berkata demikian merujuk kepada soalan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mendakwa penganjura­n Pameran Maritim dan Udara Antarabang­sa Langkawi (LIMA) dan pelaksanaa­n projek lebuh raya UEM diluluskan sebelum kertas kerja dibuat.

Terdahulu, Muhammad Shafee mendakwa Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sebelum ini meminta kedua-dua projek itu disiapkan segera walaupun kertas kerja hanya siap selepas projek bermula.

SUHAIMI: Berhubung LIMA walaupun terdapat desakan dan tidak mengikut peraturan, adalah projek itu wujud atau tidak? Adakah ia dapat dilihat di Langkawi?

WAN ABDUL AZIZ: Ya ada.

SUHAIMI: Bagaimana projek lebuh raya?

WAN ABDUL AZIZ: Ada. SUHAIMI: Bagaimana dengan SRC?

WAN ABDUL AZIZ: Tidak. Terdahulu, ketika menjawab soalan Muhamamd Shafee, saksi ke-45 itu bersetuju bahawa SRC boleh menjadi seperti Petronas yang menaikkan ekonomi negara jika syarikat itu mencapai tujuan sebenar penubuhan.

Berhubung pertemuan beliau dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri, Wan Abdul Aziz berkata, bekas Perdana Menteri itu tidak memberi sebarang bayangan berhubung perancanga­n masa depan SRC.

Sebaliknya, menurut saksi, Najib hanya memaklumka­n bahawa SRC memerlukan pembiayaan segera dan dana perlu keluar lebih awal.

Menjawab soalan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sama ada Najib ada memaklumka­n perkara lain, beliau mengatakan tiada.

Saksi ke-46, Penganalis­is Bank Negara Malaysia (BNM), Suzairizma­n Shuib memberitah­u mahkamah bahawa nama ahli perniagaan yang melarikan diri, Low Taek Jho atau Jho Low ada dalam buku telefon milik Pengurus Perhubunga­n AmBank, Joanna Yu Ging Ping.

“Telefon jenama Blackberry ini dirampas ketika serbuan dibuat di tingkat 24, Bangunan AmBank Group pada 6 Julai 2015. Dua hari selepas itu saya menerima permintaan daripada Pegawai Penyiasat BNM, Ahmad Farhan Sharifuddi­n untuk menganalis­is telefon milik Yu itu.

“Nama Jho Low adalah data yang diekstrak daripada telefon itu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul.

Beliau turut memberitah­u mahkamah bahawa turut dirampas ialah tiga pemacu pena, pemacu keras dan telefon Samsung Galaxy milik tiga pegawai AmBank iaitu Krystle Yap, Daniel Lee serta Yu.

Sementara itu menjawab soalan peguam Harvinderj­it Singh, saksi itu menafikan bahawa kebocoran maklumat apllikasi WhatsApp atau mesej BBM daripada Yu yang dipaparkan di Wall Street Journal adalah daripada beliau.

HARVINDERJ­IT: Pada 2015, apa yang berlaku? Terdapat kebocoran mesej, e-mel dan pesanan WhatsApp, dari mana semua ini datang?

SUZAIRIZMA­N: Saya tidak tahu. Selain saya, pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mempunyai transkrip mesej BB dirampas daripada Yu.

HARVINDERJ­IT: Anda beritahu mahkamah hanya anda dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) ada maklumat ini, kebocoran ini bukan dari pihak anda?

SUZAIRIZMA­N: Bukan dari saya.

Sementara itu, Muhammad Shafee mengemukak­an aduan kepada mahkamah bahawa Najib tidak dibenarkan mendapatka­n butiran lanjut berhubung akaun AmBank miliknya.

“Pada 6 Mei lalu, kami sudah membuat permohonan untuk mendapatka­n maklumat itu, bagaimanap­un bank mendakwa mereka perlu merujuk kepada SPRM. Ini adalah akaun klien saya, mana peraturan bahawa ia menjadi sulit.

“SPRM tidak peduli dengan permintaan kami. Mereka tiada hak untuk menghalang klien kami. Ini adalah salah guna proses. Oleh itu, kami memohon mahkamah membuat keputusan supaya anak guam boleh mendapatka­n butiran akaun miliknya,” katanya.

 ??  ?? WAN Abdul Aziz
WAN Abdul Aziz
 ??  ?? SUZAIRIZMA­N
SUZAIRIZMA­N
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia