Tak pasti tujuan

Harian Metro - - Setempat - Nor Azura Abdul Jalil [email protected]

Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, semalam bahawa beliau menerima arahan untuk membuat pembayaran melalui baucar pembayaran berjumlah RM2 juta kepada syarikat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Tadmansori Holdings Sdn Bhd (Tadmansori) tanpa merujuk kepada apa-apa dokumen lain.

Pengurus kewangan, Lai Vui Kiong, 59, menerusi penyataan saksinya mengesahka­n arahan itu diterima daripada pemilik syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd (Aset Kayamas), Tan Sri Chai Kin Kong.

Menurutnya, baucar pembayaran itu dikeluarka­n pada 14 Jun 2016 kepada Tadmansori.

“Saya tidak mengetahui tujuan bayaran ini dibuat dan saya tidak pasti sama ada syarikat ini mempunyai sebarang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.