Harian Metro

RM2j

-

urusan dengan syarikat Aset Kayamas pada ketika ini.

“Syarikat ini bukanlah syarikat yang kerap kali atau berulang untuk dibuat bayaran bulanan,” katanya.

Beliau yang bekerja di Sinerjuta Sdn Bhd dari 2013 hingga 2016 berkata demikian pada perbicaraa­n kes rasuah RM2 juta yang dihadapi Tengku Adnan.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutua­n didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Chai melalui cek Hong Leong Islamic Bank (HLIB) milik syarikat Aset Kayamas yang didepositk­an ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori yang beliau mempunyai kepentinga­n, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubunga­n dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad Cawangan Pusat Bandar Damansara, pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam penyata saksi juga, Lai berkata, selepas menerima arahan itu, beliau menyemak akaun bank Aset Kayamas di HLIB dan mendapati pada ketika itu baki wang di dalam akaun syarikat mencukupi untuk membuat pembayaran berkenaan.

“Selepas menyemak baucar pembayaran itu dan berpuas hati saya menyerahka­n kepada Tan Sri Chai Kin Kong untuk diluluskan,” katanya.

Saksi ke-16 pendakwaan itu turut mengesahka­n bahawa tandatanga­n pada bahagian ‘disahkan oleh’ adalah tandatanga­n ringkas miliknya dan kemudian diluluskan Chai.

Beliau juga mengesahka­n pernah melihat cek HLIB milik Aset Kayamas atas nama Tadmansori bertarikh 14 Jun 2016 berjumlah RM2 juta ketika membuat semakan baucer bayaran.

Sementara itu, dalam soal balas bersama peguam bela Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan, saksi itu berkata, beliau tidak mengetahui tujuan bayaran kerana tiada sebarang butiran bayaran tertera dalam baucar bayaran.

Menurutnya, menjadi kebiasaan setiap kali pembayaran dibuat terdapat butiran atau tujuan bayaran di baucar bayaran.

Dalam keterangan­nya juga, Lai berkata, selain Aset Kayamas dan Sinerjuta, Chai juga memiliki beberapa syarikat lain iaitu Faber Vista Sdn Bhd dan Era Ecoland.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Selasa depan.

 ??  ?? TENGKU Adnan pada perbicaraa­n kes membabitka­n rasuah RM2 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
TENGKU Adnan pada perbicaraa­n kes membabitka­n rasuah RM2 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia