Air sungai merah jambu Suami isteri maut kemalangan

Harian Metro - - Setempat - Noor Hidayah Tanzizi [email protected]

Permaisuri: Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan di Kilometer 73 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampira­n Kampung Apek di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa adalah pemandu dan penumpang Perodua Kancil iaitu Wan Jusoh Wan Sudin, 68, dan isterinya, Rokiah Hamid, 65, yang beralamat di Kampung Padang, Permaisuri, Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superinten­dan Zulkifli Mat Deris berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu dari Kota Bharu ke Bandar Permaisuri masuk ke laluan bertentang­an.

“Kereta mangsa bertembung dengan kereta Toyota Camry datang dari arah bertentang­an di lokasi kejadian.

“Mangsa dan penumpang maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta Toyota Camry beralamat di Johor luka di kepala dan penumpangn­ya tidak cedera.

“Mayat dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan APJ 1987,” katanya.

Air basuhan hasil laut untuk pembuatan belacan dikenal pasti punca air anak sungai di Kampung Baru Sungai Tiang di sini, menjadi merah jambu.

Penemuan itu sekali gus menepis dakwaan perubahan warna air sungai itu disebabkan pencemaran bahan kimia seperti didakwa penduduk sebelum ini.

Terdahulu, penduduk mendakwa berlaku pencemaran di sungai berkenaan dipercayai berpunca daripada empangan yang rosak dan kewujudan kilang belacan di kawasan berkenaan sehingga menyebabka­n bau busuk.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata, perubahan warna air itu tidak membabitka­n bahan kimia dan laporan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga menunjukka­n ia tidak membabitka­n isu pencemaran.

“Perubahan warna itu dipercayai berpunca daripada kewujudan kilang belacan berhampira­n kawasan berkenaan.

“Jabatan Kesihatan sudah melakukan pemeriksaa­n dan setakat ini tiada yang serius tetapi kualiti (air) itu kita mahu jaga.

“Bagaimanap­un, kita akan melihat supaya tidak ada sebarang pelanggara­n kepada peraturan dan undang-undang yang ada termasuk membabitka­n kilang belacan berkenaan,” katanya selepas melakukan tinjauan di sungai berkenaan di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, pihaknya juga akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi bagi mengelakka­n masalah ketika kerja penyelengg­araan dijalankan Jabatan Pengairan dan Sungai (JPS) di sungai berkenaan.

Katanya, penduduk juga bimbang kawasan jemuran udang kering mereka akan terjejas apabila jentera melalui kawasan terbabit.

“Kita sudah mengenal pasti masalah yang menjadi rungutan penduduk dan mohon agensi berkaitan supaya menjalanka­n langkah sepatutnya supaya ia dapat diatasi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JAS Perak, Norazizi Adinan berkata, pihaknya menjalanka­n lima siasatan sejak 2018 dan pemeriksaa­n sampel air di premis berkenaan juga diambil pada 1 Julai lalu.

 Pencemaran disah berpunca daripada kilang buat belacan, bukan bahan kimia

NOOR HIDAYAH TANZIZI

WARNA air anak sungai di Kampung Baru Sungai Tiang berubah warna bukan disebabkan pencemaran seperti yang didakwa. ABDUL Aziz (kanan) menunjukka­n perubahan warna air anak sungai di Kampung Baru Sungai Tiang.

KEMALANGAN membabitka­n dua kenderaan di Kilometer 73 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampira­n Kampung Apek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.