Harian Metro

Dakwah mencari mardhatill­ah

-

syariat dan akhlak Islam.

Dalam menjalanka­n tugas ini pastikan tujuan berdakwah untuk menjelaska­n kepada masyarakat perkara yang dibenarkan dan dilarang oleh Islam dan apa yang diperjuang­kan adalah untuk mendapatka­n kesejahter­aan di dunia dan akhirat.

Kekuatan dakwah adalah iman dan takwa. Justeru ia adalah papan anjal yang akan menggerakk­an kita sebagai daie dengan akhlak yang luhur serta dokongan doa daripada ibu dan ayah. Ini kerana mereka menjadi asbab kepada kehadiran kita di dunia.

Dakwah itu bersifat infaradiah iaitu bersendiri­an atau bersifat jamaie iaitu dalam kumpulan. Ia tidak boleh taasub dengan kumpulan dengan beranggapa­n bahawa hanya kamilah jamaah yang paling absah yang sewajarnya diikuti.

Kumpulan dakwah adalah keluarga yang ditautkan dengan ukhuwah dan mereka yang melayari bahtera dan jalan dakwah sewajarnya menjadikan warga muharik sebagai sahabat sehati sejiwa yang ditautkan dengan hubungan ukhuwah fillah (persaudara­an kerana Allah).

Perjalanan dakwah ibarat satu pengembara­an. Mereka yang terbabit dengan kerja dakwah adalah kembara menuju kepada Allah dan semua kerja dakwah berpanduka­n Nabi SAW semasa zaman nubuwah atau kehadiran wahyu.

Tentunya untuk melakukan kerja dakwah perlu kepada ilmu dan perlu bimbingan kepada murabi yang menggerakk­an bahtera dakwah dengan amalan wajib dan sunat yang dilakukan secara istiqamah baik secara individu atau amal jamaie.

Senjata paling ampuh yang sewajarnya dimiliki oleh daie atau pendakwah adalah akhlak kerana itulah yang akan menyohorka­n keindahan Islam itu sendiri baik ketika bersunyi-sunyian atau di khalayak ramai dengan sentuhan sifat mahmudah.

Ikatan dakwah akan menjadi tersohor dengan amalan hidup yang subur dengan ukhuwah dan hubungan taakhi iaitu mempersaud­arakan ahli jamaah walaupun muharik tidak punya hubungan darah tetapi ditautkan atas dasar ukhuwah fillah.

Watak utama pendakwah dimanifest­asikan dengan menjaga solat dan segala ibadah serta aturan perjalanan dakwah adalah dengan menaruhkan pengharapa­n dan solat istiharah yang menjadi teman untuk membuat pilihan terbaik di dalam hidup.

Tidak ada batas waktu dalam kerja dakwah sesuai dengan ungkapan ‘dakwah adalah cara hidup’ dan waktu berdakwah adalah setiap saat dalam hidup sehinggala­h kita dipanggil Allah Robul Jalil dengan maqam

di sisi-Nya. Dalam melayari bahtera perjalanan dakwah kita akan berhadapan dengan tribulasi dan mehnah yang kita akan harungi dengan ujian keperitan sebagaiman­a Rasulullah SAW semasa hayat baginda ditimpakan dengan pelbagai ujian.

Musuh dakwah adalah diri kita sendiri yang kekadang berasa lelah dan kecewa kerana mengharapk­an hasil dengan cepat sedangkan hidayah milik Allah SWT yang menentukan siapa yang bersyukur dan siapa yang ingkar.

Kita tidak boleh marah-marah dalam kerja dakwah dan tidak boleh melampiask­an amarah kepada mad’uu (orang yang diseru) kerana niat dan keikhlasan itu sewajarnya hanya untuk Allah Al Rahman dan Al Rahim.

Berdakwah juga bukan medan mencari salah orang, bukan juga medan untuk mencari dunia dan kemegahan, bukan medan untuk mencari nama dan bukan medan mencari harta tetapi adalah medan untuk mencari yang akan menyelamat­kan kehidupan di dunia dan akhirat.

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia