Lanyard umrah elak sesat

Harian Metro - - Setempat -

 TH perkenal tali berbeza warna bagi mudah urus jemaah tersasar di Tanah Suci

Bagi memudahkan pemantauan jemaah haji melakukan umrah buat kali pertama, Tabung Haji (TH) memperkena­lkan lanyard berwarna mewakili zon di mana maktab jemaah terbabit menginap.

Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, sejumlah 14 bangunan disewa TH sebagai hotel penginapan yang masing-masing terletak dalam lingkungan 600 meter hingga 900 meter dari Masjidilha­ram.

Katanya, semua bangunan itu dibahagika­n kepada empat zon iaitu Zon A (Shuib Amir), Zon B (Ajyad), Zon C (Hafaer) dan Zon D (Misfalah).

“Setakat ini seramai 6,514 jemaah berada di Tanah Suci Makkah dengan 1,860 berada di sini manakala selebihnya masih di Madinah.

“Bagi memantau pergerakan dan penyelaras­an, TH menyediaka­n satu sistem lanyard bagi mengelak jemaah

tersasar atau sesat.

“Lanyard utama adalah berserta nama pengenalan jemaah yang perlu dipakai sepanjang berada di Tanah Suci.

“Bagi lanyard pengenalan diri ini, ada warna tertentu untuk menunjukka­n maktab jemaah itu.

“Ia boleh dilihat dari depan dan belakang oleh petugas TH,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, lanyard berlainan warna mengikut maktab ini juga akan dipakai ketika jemaah berada di Arafah dan Mina.

Bagi jemaah yang kali pertama mengerjaka­n umrah sebaik tiba dari Madinah atau tanah air, mereka akan diberikan lanyard tambahan berlainan warna tertera zon maktab masing-masing.

“Jika ada jemaah tersasar atau tersesat, melalui lanyard itu pasukan petugas haji akan mudah mengenal pasti dan memberi bantuan perlu termasuk memberi pandu arah untuk jemaah pulang ke maktab,” katanya.

Beliau berkata, petugas haji melakukan rondaan 24 jam di Masjidilha­ram bagi mengawasi dan memantau keselamata­n semua jemaah.

SYED Saleh (tengah) menunjukka­n lanyard berwarna yang diberikan kepada jemaah yang kali pertama mengerjaka­n umrah.

PEMBIMBING haji memberi ceramah kepada jemaah mengenai ibadah umrah dan haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.