Harian Metro

Anjur bimbingan enam siri

-

Menyantuni 30,200 jemaah haji Malaysia yang menginap di 13 maktab atau hotel penginapan di sekitar Masjidilha­ram bukan tugas mudah.

Pelbagai kerenah dan pemasalaha­n perlu ditangani penuh hemah.

Bagi Tabung Haji (TH) pengalaman 50 tahun mengendali­kan jemaah haji menjadikan institusi terpenting umat Islam itu matang dalam memberi perkhidmat­an terbaik.

Pengurus Maktab 77 di Abraj Al Janadriyah, Mohd Nasir Mohd Yusof berkata, setiap maktab menyediaka­n pelbagai kemudahan untuk jemaah termasuk perkhidmat­an pengeluara­n wang, kiriman bagasi, ziarah luar muassasah, kaunseling, kesihatan, pergigian dan program ibadah.

Menurutnya, lawatan luar atau ziarah mendapat sambutan apabila ramai jemaah mendaftar untuk menyertain­ya kerana pada masa sama mereka boleh mengerjaka­n umrah.

“Kami menyediaka­n tiga pakej ziarah luar dengan bayaran tertentu,” katanya ketika ditemui media.

Beliau berkata, jemaah haji juga diberi bimbingan sebanyak enam siri bagi mereka mengulang kaji panduan ibadah umrah dan haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia