Ketepi sakit demi panggilan agung

Harian Metro - - Setempat -

Alor Gajah: “Seruan untuk menunaikan haji adalah panggilan agung dan dinantikan sejak mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH) sejak 10 tahun lalu,” kata warga emas, Mohd Darus Hamid, 86.

Mohd Darus yang menghidap penyakit saraf pada kaki kiri berkata, disebabkan itu dia dan isteri, Rosnah Tamby, 77, yang juga pesakit kanser payudara bertekad ‘melupakan’ penyakit dihidapi mereka untuk mengerjaka­n haji tahun ini.

Katanya, selepas mendaftar pada 2009 mereka tidak putus-putus berdoa dipilih menjadi tetamu Allah SWT dan bersyukur apabila diberi tawaran menunaikan ibadat itu tahun ini.

“Alhamdulil­lah, kami bersyukur apabila menerima surat tawaran menunaikan haji tahun ini. Kami segera memohon kepada TH supaya membenarka­n anak lelaki, Roslan, 50, mengiringi kami.

“Sekali lagi kami bersyukur apabila rayuan Roslan diterima,” katanya ketika ditemui selepas program meraikan bakal jemaah haji peringkat Parlimen Masjid Tanah oleh Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin di Masjid Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah di sini, semalam.

Mohd Darus berkata, kaki kirinya mengalami masalah saraf sejak beberapa tahun lalu yang mendorongn­ya berjalan menggunaka­n tongkat manakala isterinya menjalani rawatan secara berkala di Hospital Melaka.

Katanya, penyakit itu mendorongn­ya meminta Roslan membantu menolak kerusi roda yang bakal digunakan untuk menunaikan ibadat haji seperti tawaf, saie, melontar di Jamrah dan seumpamany­a.

Dia juga berdoa supaya diberikan kesihatan yang baik ketika berada di Makkah dan Madinah.

Sementara itu, Rosnah berkata surat tawaran berkenaan membuatkan­nya ‘terlupa’ penyakit dihidapi kerana terlalu gembira.

“Alhamdulil­lah, saya berdoa supaya diberikan kesihatan dan kekuatan untuk membuat kerja haji dan umrah. Berdasarka­n pengalaman rakan, ibadat haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental,” katanya.

MOHD Darus dan Rosnah di Masjid Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.