Harian Metro

‘Akan sembuh satu hari’

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

“Saya mengharapk­an keajaiban akan berlaku dan apabila isteri sedar nanti dia boleh menyusukan anak kami,” kata Fairol Haziri Rahim, 44, suami kepada Kamareeah Arwae, 36, yang melahirkan anak bongsu mereka dalam keadaan koma.

Fairol Haziri berkata, doktor memberi jaminan bahawa Kamareeah akan sembuh satu hari nanti namun tidak dapat memberi tempoh berapa lama isterinya yang terlantar itu akan kembali pulih.

“Lebih menyedihka­n, sejak lahir Farah Hanis yang kini berusia 53 hari hanya bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas untuk bayi pramatang kerana isteri tidak dapat menjalanka­n tanggungja­wabnya sebagai ibu menyusukan bayi kami seperti dilakukan sebelum ini kepada anak sulung, Farras Hazim, 19 bulan, walaupun hanya sekejap.

“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan sejak itu dia enggan minum susu formula.

“Hati saya sebak melihat anak bongsu yang baru dilahirkan membesar tanpa belaian seorang ibu dan perasaan gembira kami menyambut orang baharu bertukar pilu,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman SL Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, kelmarin.

Terdahulu keluarga berkenaan

menerima kunjungan usahawan Datuk Zhafran Yusof yang ditemani isterinya juga pelakon, Datin Fouziah Gous untuk menyelami dan melihat sendiri keadaan Kamareeah serta anak bongsunya yang dilahirkan pramatang.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Kamareeah yang terlantar akibat ketumbuhan di kepala sejak tujuh bulan lalu melahirkan anak bongsunya Farah Hanis secara pembedahan ketika dalam keadaan koma.

Menurut Fairol Haziri, selepas kisah sedihnya tular di media sosial selain mendapat liputan akhbar, ramai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) datang ke rumah dan menyerahka­n sumbangan untuk meringanka­n bebannya.

“Alhamdulil­lah, kos membeli lampin pakai buang dan susu kepada isteri serta anak bongsu dapat dijimatkan apabila ada pihak menyumbang barangan berkenaan.

“Sumbangan diberikan sungguh besar maknanya kepada saya, lebih-lebih dalam keadaan saya sudah tidak boleh bekerja kerana perlu menguruska­n isteri sepanjang masa.

“Sejak isteri terlantar, hanya saya seorang yang menjaganya daripada menukar lampin pakai buang, mengelap tubuh badan, memberi susu khas melalui wayar yang dipasang di hidungnya sehingga membersihk­an wayar di bahagian lehernya yang ditebuk,” katanya.

Menurutnya, memandangk­an dia perlu menguruska­n keperluan isteri, buat sementara waktu, Farah Hanis dijaga oleh sepupunya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 28 Jun lalu. FARAH Hanis
bersama Kamareeah yang koma.
LAPORAN Harian Metro 28 Jun lalu. FARAH Hanis bersama Kamareeah yang koma.
 ??  ?? ZHAFRAN (tiga dari kanan) bersama Fauziah Gous melawat Kamareeah yang koma.
ZHAFRAN (tiga dari kanan) bersama Fauziah Gous melawat Kamareeah yang koma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia