Harian Metro

Jual dakwat tiruan

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

 Sindiket kaut untung guna cartridge terpakai jenama terkenal

Demi mengaut keuntungan, sindiket menjual dakwat tiruan menggunaka­n kartus pita (cartridge) terpakai pelbagai jenama pada harga lebih murah untuk pasaran di Lembah Klang.

Bagaimanap­un, modus operandi sindiket itu yang beroperasi sejak setahun lalu terbongkar selepas Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (WPKL) menyerbu lima premis, kelmarin.

Serbuan jam 4.30 petang itu membabitka­n 13 pegawai penguat kuasa KPDNHEP dan wakil pemilik cap dagang berdaftar di sekitar Kampung Kerdas, Stesen Minyak Petron Sungai Besi, Taman Bukit Teratai, Taman Maluri serta Taman Komersial Pandan Indah, di sini, hasil risikan selama tiga bulan.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP WPKL,

Azeem Nazuri berkata, pihaknya merampas 739 unit cartridge menggunaka­n dakwat tiruan dengan perihal dagangan palsu jenama terkenal dianggarka­n bernilai RM78,647.

Katanya, turut disita ialah satu komputer dan mesin mencetak pelbagai model jenama terkenal.

“Kita turut menahan enam individu iaitu lima lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 35 tahun di mana ada dalam kalangan mereka adalah pemilik premis.

“Siasatan kita mendapati premis itu dimiliki sindiket sama yang menjalanka­n kegiatan ini, malah mereka turut memiliki kotak pembungkus­an asli yang dibeli di pasaran barangan terpakai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Stor Simpanan KPDNHEP WPKL di Jalan Segambut di sini, semalam.

Azeem berkata, sindiket mampu mengaut keuntungan mencecah RM250,000 di mana setiap unit cartridge palsu berkenaan dijual pada harga antara RM100 hingga RM250 di pasaran.

“Mereka menyasarka­n pasaran jualan di sekitar Lembah Klang dan dijual apabila mendapat tempahan, malah sukar untuk membezakan barangan tiruan terbabit dengan tulen kerana ia menggunaka­n kotak dan cartridge tulen,” katanya.

Sementara itu, Azeem berkata, sepanjang tahun ini, sebanyak 62 kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 dengan jumlah sitaan 52,936 unit bernilai RM1,984,008.

Menurutnya, KPDNHEP memberi amaran akan mengambil tindakan keras terhadap mana-mana individu atau syarikat yang melanggar undang-undang khususnya membabitka­n penjualan dan pengedaran barangan tiruan.

 ??  ?? AZEEM (kanan) menunjukka­n dakwat yang dirampas dalam serbuan di Lembah Klang.
AZEEM (kanan) menunjukka­n dakwat yang dirampas dalam serbuan di Lembah Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia