Belum bebas

Harian Metro - - Setempat - Siraj Mohd Zaini [email protected]

 4 ahli Geng 24 dibawa ke IPK Kuala Lumpur

Tempoh reman empat ahli Geng 24 yang dipercayai terbabit dalam kes simbah cat ke atas rumah aktivis alam sekitar di Sungai Jarom di sini, tamat kelmarin.

Bagaimanap­un, semua ahli geng kongsi gelap itu tidak dibebaskan namun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superinten­dan Azizan Tukiman berkata, mereka akan disiasat kerana dipercayai terbabit dengan beberapa kes jenayah di sekitar ibu negara.

“Mereka sebelum ini direman sehingga Jumaat tetapi polis memohon lanjutan

reman sehingga Rabu (kelmarin).

“Namun semua belum dibebaskan dan dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut berkaitan kes jenayah,” katanya.

Azizan berkata, semua suspek akan dituduh di Mahkamah Telok Datuk dalam masa terdekat sebaik saja siasatan di IPK Kuala Lumpur selesai.

Pada 1 Julai lalu, semua suspek berusia 20 hingga 31 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah rumah di Damansara, Petaling Jaya.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, soal siasat mendapati tiga daripada suspek mengaku terbabit secara langsung dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, setiap suspek ada rekod kesalahan lampau antara satu hingga 10 kes termasuk kes jenayah, dadah selain tersenarai sebagai orang dikehendak­i.

Pada 26 Jun lalu, Harian Metro melalui laporan khas mendedahka­n segelintir usahawan sampah dikesan masih aktif menjalanka­n kegiatan mengimport skrap plastik biarpun premis mereka sudah disita. Susulan pendedahan itu, rumah aktivis alam sekitar yang bekerjasam­a dengan wartawan disimbah cat oleh dua lelaki tidak dikenaliny­a sebelum mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

LAPORAN Harian Metro, 2 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.