Bumbung kantin sekolah terbakar disambar petir

Harian Metro - - Setempat -

Seramai 180 pelajar perempuan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Bahiyah di sini, terselamat apabila bumbung kantin sekolah berkenaan terbakar dipercayai disambar petir, kelmarin.

Kebakaran dipercayai berlaku jam 11.20 malam ketika sebahagian pelajar asrama sedang tidur manakala bangunan kantin berada bersebelah­an asrama itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.25 malam berhubung kejadian itu.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikerah ke lokasi kejadian dan tiba jam 11.32 malam.

“Sebaik tiba di lokasi didapati bahagian bumbung bangunan kantin kelas B terbakar akibat disambar petir,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.