Harian Metro

Mekanik tak mengaku sebabkan kematian rakan

-

Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menyebabka­n kematian rakan baiknya, sembilan tahun lalu.

Tertuduh, M Manimaran, 33, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua orang yang masih bebas dituduh dengan niat menyebabka­n kematian terhadap P Logan Nathan, 36.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Telawi 2, Bangsar, jam 2.23 pagi, 23 Mac 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a), Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia