Harian Metro

Kes denggi seluruh negara terus meningkat

-

Kes denggi di seluruh negara terus meningkat dengan keseluruha­n 67,407 kes dilaporkan setakat kelmarin selain 100 kematian direkodkan sehingga 6 Julai lalu.

Statistik berkenaan dikeluarka­n Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC), Kementeria­n Kesihatan yang dimuat naik menerusi laman rasminya, http://idengue. remotesens­ing.gov.my, semalam.

Menurut data yang dikeluarka­n itu, Selangor terus mendahului dengan 38,263 kes dilaporkan diikuti Kuala Lumpur (7,302), Johor (5,540), Pulau Pinang (3,136), Sabah (2,792), Kelantan (1,960), Perak (1,718), Negeri Sembilan (1,304), Melaka (1,129), Kedah (1,072), Sarawak (942), Pahang (888), Putrajaya (749), Terengganu (363), Perlis (227) dan Labuan (22).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia