Harian Metro

Rangka undang-undang baru ganti Akta Hasutan

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan merangka undang-undang baharu bagi menggantik­an Akta Hasutan 1948.

Perdana Menteri berkata, untuk tujuan itu, Akta Hasutan ditarik balik sebelum akta baharu diperkenal­kan.

“Kita dalam status menyusun semua perkara berkaitan undang-undang ini dan kami lakukan secepat mungkin,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin, 37, terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitka­n perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Berikutan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman meminda hukuman berkenaan kepada setahun penjara terhadap Wan Ji berkuat kuasa, semalam selepas mempertimb­angkan rayuan silang pihak pendakwaan.

Mengikut ringkasan keputusan, Abdul Halim menyatakan kata-kata yang dinyatakan tertuduh adalah terang lagi bersuluh iaitu satu penghinaan terhadap Sultan Selangor.

Wan Ji dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4(1)(c), Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dr Mahathir berkata, penarikan Rang Undang-Undang Majlis Keselamata­n Negara (MKN) kerana banyak pendapat berbeza berkaitann­ya.

Perdana Menteri berkata, ia bertujuan meminda perkara yang baharu diterima berkaitan akta itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia