Harian Metro

Dakwaan tak munasabah

- Hairulazim Mhmud azim@hmetro.com.my

“Saya tak boleh percaya atau percaya, mesti ada bukti,” tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly berikutan dakwaan Orang Asli dipaksa mematuhi program perancang keluarga.

Malah, beliau menegaskan dakwaan itu tidak munasabah kerana kakitangan Kementeria­n Kesihatan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang mesti dipatuhi.

Katanya, mereka tidak boleh dipaksa tetapi jika ada dakwaan itu, ia mesti dibuktikan.

“Itu pada saya perkara didakwa, ia kena dibuktikan, saya tak boleh bertindak atas dakwaan seperti itu,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau mengulas dakwaan sekumpulan Orang Asli, kelmarin kononnya mereka diberikan suntikan perancang keluarga yang diberikan kakitangan Kementeria­n Kesihatan hingga memberikan kesan sampingan teruk.

Nora Kantin dari Kampung Lambok, RPS Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan mendakwa pasangan Orang Asli baru berkahwin menjadi sasaran dan dipaksa mengambil suntikan selepas hanya mendapat seorang cahaya mata. Terdahulu bercakap di Sungkai, Perak, Dzulkefly berkata, suntikan perancang keluarga ke atas masyarakat Orang Asli dibuat kerana dasar menyelamat­kan wanita daripada anemia atau kurang darah merah ketika hamil.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan dan untuk kepentinga­n kesihatan yang diperlukan.

“Dalam perkara ini semua diberi kefahaman, diberitahu baik buruk sesuatu perkara, kakitangan kami dilatih untuk beri faham kesannya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia