Harian Metro

3 lagi tersenarai koperasi terbaik global

-

Yan: Tiga lagi koperasi dalam negara disenarai dalam 300 koperasi terbaik global menjelang 2025, kata Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Katanya, itu sasaran ditetapkan selepas beliau sekali lagi dipilih meneraju ANGKASA tahun ini.

Menurutnya, sehingga kini dua koperasi sudah disenarai antara 300 koperasi terbaik antarabang­sa iaitu Bank Rakyat dan Koperasi Permodalan FELDA.

“Dua koperasi ini mencatat pendapatan berbillion ringgit, jadi kita mahu sekurang-kurangnya tiga lagi koperasi dapat ke peringkat global yang secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pendapatan ahli.

“Ia adalah koperasi yang berada dalam senarai 100 koperasi terbaik di Malaysia, antara yang berpotensi adalah Koperasi Tentera dan Bank Persatuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perancanga­n beliau selepas sekali lagi dipilih sebagai Presiden ANGKASA untuk penggal ketiga dalam Persidanga­n Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-34 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 29 Jun lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, sasaran itu ditingkatk­an secara berperingk­at sehingga lebih banyak koperasi dapat melebarkan sayap ke peringkat Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia