Khamis ‘hari istimewa’ sidang Dewan Rakyat

Harian Metro - - Setempat -

Kuala Lumpur: Khamis sentiasa menjadi hari ‘istimewa’ setiap kali sidang Dewan Rakyat berlangsun­g.

Ini kerana kebiasaann­ya pada hari itu, sidang dewan akan ditamatkan tepat pada waktunya bagi membolehka­n semua Ahli Parlimen khususnya yang jauh pulang ke kawasan masing-masing kerana tiada persidanga­n pada Jumaat.

Turut menerima tempias ‘penangan’ hari Khamis ialah perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutua­n) 2019 yang dibentangk­an untuk bacaan kali kedua dipendekka­n masanya.

Kebiasaann­ya pada perbahasan RUU, setiap Ahli Parlimen yang berbahas diberikan masa selama 15 minit tetapi untuk RUU itu hanya 10 minit seperti ditetapkan Timbalan Yang di-Pertua, Nga Kor Ming.

Beberapa Ahli Parlimen seperti Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya), Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau),

>>Kebiasaann­ya perbahasan RUU Ahli Parlimen diberi masa 15 minit

Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) dan Nor Azlina Skrip (PH-Merbok) yang membahaska­n RUU itu terpaksa menyelesai­kan ucapan mereka dalam keadaan agak tergesa-gesa.

Ahli Parlimen Pengerang daripada BN, Datuk Seri Azalina Othman Said pula mempersoal­kan waktu singkat itu kerana ia adalah undang-undang baharu yang wajar diberikan lebih masa.

Bagaimanap­un, beliau memahami keperluan hari Khamis kerana ramai mahu pulang ‘awal’, selain malam itu ialah malam Jumaat.

Kata-katanya itu disambut dengan gelak tawa oleh Ahli Parlimen lain termasuk Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang hairan bagaimana Azalina ‘memahami’ keperluan ‘malam Jumaat’ sebelum sidang

dewan gamat.

AZALINA: Sebenarnya 10 minit untuk bercakap mengenai undang-undang baharu dan elok adalah singkat tapi disebabkan hari Khamis malam Jumaat, maka saya cakap mana mampu. (Sidang bersorak)

Timbalan Speaker lagi faham kerana pendekkan masa.

NGA: Bijaksana.

ISMAIL: Pengerang lebih faham, itu yang saya hairan.

AZALINA: Saya tak tahu saya faham atau tidak tapi dia (Ismail) kata saya faham (sambil tertawa).

AZALINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.