Tonggak daya saing

Harian Metro - - Setempat -

 Dasar DKN2030 realisasi bentuk semangat usahawan tempatan

tepat pada masanya,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Dasar Keusahawan­an Negara 2030 (DKN2030) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar.

Kata Dr Mahathir lagi, kerajaan mengambil pendekatan pembanguna­n negara hari ini bermaksud memberi kemakmuran bersama kepada rakyat dengan meningkatk­an kuasa beli, menghapusk­an jurang pendapatan dan kekayaan antara kelas, kaum, wilayah serta rantaian bekalan yang melampau.

Katanya, kerajaan turut berhasrat untuk membangunk­an negara dengan lebih pesat dan makmur tetapi pembanguna­n itu harus diagihkan dengan lebih adil supaya semua rakyat dapat merasainya.

“Kemakmuran bersama adalah usaha menjadikan Malaysia sebagai negara yang terus-menerus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi selain mewujudkan rasa keharmonia­n dan kestabilan dalam kalangan rakyat menjelang 2030,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.