Harian Metro

Tolak tawaran Maju Holdings

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak tawaran Maju Holdings Sdn Bhd (Maju Holdings) untuk mengambil alih Plus Malaysia Bhd (Plus).

Khazanah dan KWSP adalah pemegang saham terbesar Plus.

Penolakan itu yang kedua membabitka­n tawaran Maju Holdings.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan pemegang saham terbesar.

“Kita menerima banyak tawaran dan keputusan kami sebelum ini tentu berpanduka­n pandangan dan keputusan dibuat syor KWSP dan Khazanah,” katanya.

Dasar Keusahawan­an Negara 2030 atau DKN2030 mampu menjadi tonggak kepada daya saing negara, selain menterjema­hkan manifestas­i kesungguha­n kerajaan dalam merealisas­ikan matlamat kemakmuran bersama.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah menjadi hasrat kerajaan supaya dasar itu mampu membentuk semangat keusahawan­an yang

utuh bukan saja dalam kalangan usahawan malah seramai mungkin rakyat demi merealisas­ikan impian menjadikan Malaysia sebagai Negara Keusahawan­an Unggul 2030.

Kata beliau, pembanguna­n keusahawan­an, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi aset penting kerajaan kerana ia bukan saja dapat meningkatk­an tahap ekonomi rakyat malah menjadi strategi serta inisiatif untuk mengeluark­an negara daripada perangkap pendapatan pertengaha­n.

Justeru kata Dr Mahathir, menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), keusahawan­an dikenal pasti sebagai satu bidang keutamaan nasional menjelang Wawasan 2020.

“Kita sekarang menghadapi suasana ekonomi dunia yang bukan sekadar kompetitif dan mencabar, malahan penuh dengan ketidakten­tuan akibat perang dagang

“Untuk itu kewujudan Dasar Keusahawan Nasional ini sangat wajar dan ia diperkenal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia