Harian Metro

Tiada halangan

-

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) tidak mempunyai masalah untuk membeli rumah pertama.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, ini kerana laporan direkodkan CCRIS tidak menyebabka­n nama disenarai hitam oleh bank, sekali gus membolehka­n mereka membuat pinjaman lain di institusi kewangan.

Beliau berkata, bagaimanap­un

kelulusan pinjaman untuk membeli rumah adalah bergantung kepada budi bicara pihak bank.

“Saya perlu tekankan bahawa CCRIS hanyalah satu sistem laporan, bermakna kalau ada tunggakan pinjaman pihak bank perlu membuat laporan ke dalam sistem CCRIS. Tetapi, jika ada sebarang pinjaman yang perlu dibuat adalah berdasarka­n budi bicara bank itu sendiri.

“CCRIS bukan satu mekanisme yang sepatutnya diguna untuk menyenarai­hitamkan tapi hanya untuk makluman pihak institusi kewangan bagi membolehka­n mereka membuat penilaian sama ada permohonan pinjaman mereka layak diluluskan atau sebaliknya,” katanya selepas menghadiri Karnival Kewangan anjuran BNM di Bandaraya Melaka, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, kelmarin, yang mengatakan peminjam PTPTN disenarai dalam CCRIS boleh membeli rumah pertama tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia