Harian Metro

Pasangan penyamun kena cekup

- Amir Mamat am@hmetro.com.my

Suami samun, isteri jual. Itu dilakukan seorang lelaki yang menyamun sebelum menyerahka­n urusan menjual barang kemas kepada isterinya yang dilakukan secara dalam talian.

Malah, mereka yang hidup hasil melakukan perbuatan jenayah itu mampu untuk bercuti secara mewah di atas kapal selain turut membeli kereta serta motosikal baharu.

Pasangan terbabit yang berusia 27 dan 29 tahun dikesan turut bersekongk­ol dengan dua lagi rakan mereka yang juga sepasang kekasih berusia 30-an.

Taktik digunakan dua suspek lelaki itu adalah menyasarka­n wanita terutama warga emas dan melakukan perbuatan samun itu di tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zainol Samah berkata,

Peminjam PTPTN liat bayar hutang boleh beli rumah pertama

kedua-dua suspek lelaki itu menggunaka­n modus operandi dengan menghampir­i wanita warga emas yang berseorang­an.

“Suspek akan berpura-pura bertanyaka­n alamat atau kononnya mahu mencari rumah sewa sebelum meragut mangsa.

“Mereka dikesan mengguna dan menukar motosikal seperti Yamaha Y15, Yamaha 125ZR, Honda EX5 dan Yamaha LC145,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Zainol berkata, berdasarka­n risikan, tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita ditahan di Pelabuhan Swettenham, Lebuh Pantai jam 10 pagi, kelmarin.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya turut menyerbu dua rumah di Seberang Jaya dan menahan seorang lagi wanita yang juga isteri kepada seorang daripada suspek di Pokok Sena, Kedah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia