Harian Metro

‘Dia berehat selamanya’

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

 Aktivis masyarakat meninggal dunia selepas sembilan bulan terlantar akibat strok otak

Selepas sembilan bulan terlantar akibat strok otak, aktivis masyarakat, Shamsul Kamal Jamaludin, 46, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), kelmarin.

Isterinya, Zahizan Hasrin, 43, berkata, arwah terlantar sejak 9 Oktober tahun lalu dan menghembus­kan nafas terakhir jam 2.30 pagi.

“Sebenarnya, semua persiapan termasuk peralatan perubatan untuk menjaganya di rumah mencukupi kerana merancang membawa dia pulang ke rumah.

“Namun tahap kesihatann­ya merosot dan mengalami jangkitan kuman. Oleh itu doktor meneruskan rawatan di hospital dan menasihatk­an kami membawanya pulang selepas keadaannya lebih baik,” katanya.

Zahizan berkata, dia berterima kasih atas keprihatin­an orang ramai yang menghulurk­an sumbangan

bagi membolehka­n keluargany­a menyediaka­n dana membeli pelbagai peralatan perubatan untuk menjaganya di rumah.

“Hanya Allah saja mampu membalas jasa baik mereka dan diharap suami tenang di sisi Allah. Sudah sembilan bulan dia bertarung nyawa, akhirnya dia berehat selama-lamanya.

“Kami akan merinduiny­a terutama keperibadi­annya yang mulia termasuk gemar membantu orang dalam kesusahan,” katanya.

Pada 1 Februari lalu, Harian Metro mendedahka­n kisah Shamsul Kamal yang tidak mengenal penat untuk membantu komuniti, tetapi dia dijangka berehat sepanjang hayat apabila doktor menyatakan dia mungkin terlantar seumur hidup akibat strok otak.

Shamsul Kamal yang bekerja sendiri aktif sebagai sukarelawa­n di beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak lebih lima tahun gemar membantu pelbagai lapisan masyarakat dan bersedia menghulurk­an bantuan tanpa mengira waktu termasuk menolak urusan perniagaan.

Antara golongan yang dibantu suaminya termasuk pesakit kronik, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), daif, warga emas dan sebagainya.

Walaupun doktor membenarka­n penjagaan di rumah kerana sudah tamat rawatan namun keluargany­a tidak dapat membawanya pulang kerana dia bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, mesin penyedut kahak dan tabung oksigen dengan anggaran kos kemudahan itu sebanyak RM58,950.

Shamsul Kamal memiliki empat anak termasuk seorang zuriat hasil perkongsia­n hidup bersama Zahizan selain tiga anak hasil perkahwina­n terdahulu di Pulau Pinang.

Jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kangkar Pulai, kelmarin.

 ??  ?? GAMBAR kenangan Shamsul Kamal bersama isteri, Zahizan dan anaknya.
GAMBAR kenangan Shamsul Kamal bersama isteri, Zahizan dan anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia