Dana terkumpul RM3,080

Harian Metro - - Setempat -

Johor Bahru: Tabung Prihatin Pasir Gudang mengutip RM3,080 sejak ia dilancarka­n secara litas langsung menerusi Facebook, 4 Julai lalu.

Pengerusi Persatuan Sokongan Kebajikan Wawasan Orang Kurang Upaya (OKU) Johor Bahru, Jamaluddin Abdul Malik berkata, buat masa ini pihaknya membuat kutipan menerusi dalm talian dan tidak meletak tabung di mana-mana tempat.

“Walaupun kami belum menerima aduan, kami berharap orang ramai tidak tertipu sekiranya ada pihak datang meminta derma atas nama tabung dilancarka­n itu.

“Tidak kira di tempat awam atau kutipan rumah ke rumah, ia tiada kaitan dengan kami kerana hanya meminta sumbangan menerusi atas talian.

“Pada masa sama, kami dalam proses mendapatka­n permit daripada pihak berkuasa supaya kutipan tabung ini tidak menyalahi apa-apa undang-undang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Abdul Malik, ia bagi mengelak sebarang salah faham daripada mana-mana pihak kerana tujuan tabung diwujudkan hanya untuk membantu 100 mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim menjalani pemeriksaa­n darah di hospital swasta.

Katanya, sebelum ini pihaknya berjaya mengumpul lebih RM500 dan digunakan untuk membeli susu sebelum diagihkan kepada murid sekolah yang terjejas.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Persatuan Sokongan Kebajikan Wawasan OKU Johor Bahru di CIMB 8010005670.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.