Harian Metro

Disinfeksi elak virus influenza tular

-

Johor Bahru: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil tindakan awal mencegah penularan virus influenza dialami pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) terutama mengdisinf­eksi (membasmi kuman) pusat latihan pemain bola sepak di Padang Seri Gelam, di sini.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) JKNJ, Dr Shaharom Nor Azian Che Mat Din berkata, pembersiha­n itu dilakukan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan dan kawalan.

“Tindakan awal diambil bagi mencegah penularan seterusnya iaitu dengan disinfeksi pusat latihan pemain bola sepak di Padang Seri Gelam yang mana pembersiha­n dari semasa ke semasa perlu dijalankan sebagai langkah pencegahan dan kawalan.

“Kami juga memberi suntikan

kepada 31 individu termasuk pemain dan jurulatih, selain menjalanka­n promosi kesihatan tatacara kebersihan diri yang betul dan penggunaan

kepada kontak pesakit yang turut dibekalkan di bilik rawatan pemain,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau mengesahka­n kejadian kluster influenza dalam kalangan pemain JDT membabitka­n lapan pemain menghidap influenza B manakala seorang lagi disahkan menghidap influenza A.

“Mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Pakar KPJ Johor dan kini stabil,” katanya.

Menurut Dr Shaharom, kejadian kluster influenza itu selari dengan peningkata­n kes influenza yang dijangka berlaku pada musim hujan dan penularan berlaku kerana hubungan rapat sesama pemain.

Bagaimanap­un, katanya, tiada wabak atau kejadian melampaui tahap biasa dan keadaan masih terkawal.

“Influenza adalah penyakit disebabkan virus berjangkit melalui sistem pernafasan dengan gejala utama seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan.

“Gejala dan tanda jangkitan berbeza mengikut kategori usia mereka dijangkiti dan wabak disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabka­n demam selesema ringan pada orang biasa, tetapi boleh menyebabka­n jangkitan teruk seperti kepada kumpulan risiko seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia