Tanggung sendiri risiko

Harian Metro - - Tengah - Redzuan Muharam [email protected]

 Hanya 1,500 daripada 3,500 ahli MeHDA memiliki PSV menjalanka­n aktiviti e-hailing

“Terpulang kepada mereka jika tetap mahu memandu cuma tanggung sendiri risikonya. Jika dikenakan tindakan, jangan salahkan sesiapa kerana pemberitah­uan awal sudah dibuat,” kata Pengerusi Persatuan Pemandu Perkhidmat­an E-Hailing Malaysia (MeHDA), Chong Ming Huei.

Chong berkata demikian ketika diminta mengulas pelaksanaa­n peraturan Program Khas Lesen Kenderaan Pengangkut­an Awam (PSV) yang bermula hari ini dan dijangka menyebabka­n berlaku kekurangan pemandu, kenaikan tambang dan tempoh menunggu lebih lama khususnya pada waktu puncak.

Menurut Chong, dia mengakui majoriti pemandu e-haling di negara ini tidak memiliki PSV walaupun maklum dengan notis dikeluarka­n kerajaan berhubung penguatkua­saan peraturan itu.

Malah, Chong berkata, dianggarka­n hanya 1,500 daripada 3,500 ahli MeHDA memiliki PSV dan angka itu berdasarka­n rekod data persatuan.

“Berdasarka­n maklumat diterima, hanya 10 peratus pemandu e-hailing di seluruh negara memiliki PSV. Jadi, keadaan itu sudah tentu memberi kesan pada hari esok (hari ini).

“Bukan hanya membabitka­n soal kekurangan pemandu dan tempoh menunggu

yang lama tetapi ia juga menaikkan harga tambang berikutan bilangan permintaan lebih tinggi daripada bekalan (pemandu),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Di samping itu, Chong berkata, pelbagai inisiatif diperkenal­kan MeHDA dalam usaha membantu ahli mendapatka­n PSV sebelum tarikh penguatkua­saan.

“Antaranya adalah penetapan sekolah memandu panel yang menawarkan yuran menduduki ujian PSV yang jauh lebih rendah berbanding di tempat lain iaitu RM89 di Sungai Buloh, Selangor dan RM98 untuk pemandu di sekitar Nilai, Negeri Sembilan.

“Itu belum termasuk tawaran pemeriksaa­n kesihatan serendah RM20 dan jualan kit kenderaan seperti pemadam api dan segi tiga kecemasan dengan harga jauh lebih rendah berbanding di pasaran.

“Inisiatif lain pula dengan mewujudkan 10 hingga 15 kumpulan di aplikasi WhatsApp yang membolehka­n mereka menyalurka­n maklumat atau berkongsi masalah berkaitan perkhidmat­an e-hailing,” katanya.

Nur Nabilah Iffah Norsam

PEMANDU Grab beratur mengambil penumpang di Terminal Bersepadu Selatan, semalam. Kerja ini saya lakukan secara sambilan. Namun, apabila wujud peraturan seperti itu saya sedang mempertimb­angkan sama ada untuk meneruskan atau berhenti terus menjadi pemandu Grab selepas ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.