Harian Metro

Jumlah pemandu sambilan dijangka berkuranga­n

-

Kuala Lumpur: Peraturan baru bagi Program Khas Lesen Kenderaan Pengangkut­an Awam (PSV) menyebabka­n dijangka berlakunya kekurangan pemandu e-hailing, khususnya pemandu sambilan.

Selain itu, pengguna juga dijangka berdepan dengan kenaikan kadar tambang khususnya pada waktu puncak serta tempoh menunggu lebih lama berikutan penguatkua­saan peraturan baharu perkhidmat­an itu mulai hari ini.

Pemandu Grab, Nur Nabilah Iffah Norsam, 28 berkata, peraturan itu memberi kesan kepadanya yang melakukan pekerjaan itu secara sambilan.

“Saya masih belum memohon PSV berikutan tuntutan kerja pada waktu siang. Tambahan pula, prosedur PSV agar rumit, jadi tiada masa nak buat semua itu.

“Kerja ini saya lakukan secara sambilan. Namun, apabila wujud peraturan seperti itu saya sedang mempertimb­angkan sama ada untuk meneruskan atau berhenti terus menjadi pemandu Grab selepas ini.

“Jadi saya berharap agar syarat mungkin boleh dilonggark­an kepada pemandu yang membuat pekerjaan ini secara sambilan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dalam pada itu, seorang lagi pemandu, Izzul Akmal Safarudin, 29 berkata, dia baru saja menjadi pemandu Grab sepenuh masa selepas kehilangan kerja pada bulan lalu.

“Saya sudah memohon PSV namun masih belum diluluskan. Jadi saya tidak tahu apa yang akan terjadi kepada pemandu yang PSV masih belum diluluskan.

“Ada yang beritahu sekiranya tiada PSV akaun kita akan digantung terlebih dulu dan ada juga yang cakap saya masih boleh memandu seperti biasa.

“Cuma yang menjadi kebimbanga­n kepada saya adalah sekiranya saya ditahan ketika masih tidak mempunyai PSV. Apa yang akan terjadi kepada saya nanti?” katanya.

Menurutnya lagi, dia juga turut bimbang dengan kenaikan harga yang kemungkina­n akan berlaku.

“Sekarang ini lebih banyak syarikat yang menawarkan perkhidmat­an e-hailing.

“Pengguna mungkin memilih perkhidmat­an yang mereka rasakan lebih murah atau memilih untuk memandu kenderaan sendiri sekiranya kenaikan itu begitu mendadak,” katanya.

Sementara itu, pengguna Grab, Nur Izzati Nadzi, 30, berkata, dia sering menggunaka­n perkhidmat­an terutamany­a ketika waktu puncak.

“Pekerjaan saya memerlukan untuk saya bergerak ke merata tempat. Saya tidak suka untuk memandu di sekitar bandar raya ini terutama ketika sesak.

“Setakat ini, kita tidak tahu berapa kenaikan itu. Namun, jika terlalu mahal saya mungkin akan memilih untuk memandu menggunaka­n kereta sendiri selepas ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia