Harian Metro

Wanita mahu cari kerja nyaris dicabul

-

Niat seorang wanita mahu mencari pekerjaan bertukar episod hitam apabila nyaris menjadi mangsa serangan seksual di sebuah salun di Taman OUG Parklane, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, mangsa berusia 20-an dihubungi seorang lelaki yang menawarkan pekerjaan sebagai kru program untuk satu majlis selama tiga hari dengan bayaran RM230.

Sebelum itu, wanita terbabit dikatakan memohon pekerjaan di satu laman sesawang untuk mencari pekerjaan.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian bersetuju sebelum suspek mengarahka­nnya bertemu di sebuah kedai dobi di lokasi terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia