Harian Metro

Tiada bahan lucah

- Khairul Najib Asarulah Khankhairu­l.najib@nstp.com.my

 Polis kenal pasti sumber maklumat ‘doktor’ lakukan gangguan seksual

Polis sedang mengenal pasti sumber maklumat yang diperoleh suspek yang menyamar sebagai ‘doktor’ untuk melakukan gangguan seksual terhadap 21 wanita di seluruh negara.

Ketua Polis Selangor, Datuk

Noor Azam Jamaludin berkata, polis sedang berhubung dengan mangsa bagi menjalanka­n siasatan lanjut termasuk sama ada suspek menggunaka­n nombor telefon yang sama atau berlainan.

Katanya, sehingga kini sebanyak 21 laporan polis termasuk tiga kes di Selangor.

“Pihak kami sedang menyiasat bagaimana suspek yang juga pemandu lori memperoleh butiran mangsa yang menjalani pemeriksaa­n kesihatan sebagai syarat permohonan perkahwina­n.

“Setakat ini punca sebenar kegiatan suspek yang sudah berkahwin itu juga masih tidak belum diketahui.

“Malah, pemeriksaa­n terhadap telefon bimbit suspek juga tidak menjumpai sebarang bahan lucah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas di antara bekas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superinten­dan Lim Bak Phai dan Timbalanny­a, Deputi Superinten­dan Azman Ab Rahman.

Bak Phai bakal berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan (Siasatan/Perundanga­n) Sarawak manakala Azman akan bertugas sebagai Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor berkuat kuasa, semalam.

Harian Metro, semalam melaporkan, polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun di Klang, Selasa lalu bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah
Maimunah Iskandaria­h berkenan meraikan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri,
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Istiadat Persembaha­n Darjah Kebesaran Persekutua­n, Darjah Yang Maha Utama Darjah Kerabat
Diraja Malaysia (D.K.M) dan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) di Istana Negara, semalam.
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan meraikan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Istiadat Persembaha­n Darjah Kebesaran Persekutua­n, Darjah Yang Maha Utama Darjah Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) dan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) di Istana Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia