Harian Metro

Terima anugerah utama atas sumbangan cemerlang

-

Kuala Lumpur: Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup (Tanggungja­wab Sosial) CSR Malaysia Awards 2019, semalam.

Anugerah disampaika­n Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh pada satu majlis dianjurkan Pertubuhan Amal Tanggungja­wab Kemapanan dan Korporat Malaysia (CSR Malaysia) dan Komuniti Lestari Global.

Lam Thye, 73, yang juga Ahli Lembaga Pengarah The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, dipilih menerima anugerah utama itu kerana sumbangan cemerlang beliau dalam meningkatk­an kesedaran mengenai tanggungja­wab sosial korporat.

Beliau juga giat dengan usaha mempromosi keselamata­n dan kesihatan pekerjaan menerusi pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan diterajuin­ya.

Selain Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Yayasan EcoWorld dan Yayasan Sukarelawa­n Siswa (YSS), beliau adalah Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) serta Penaung Persatuan Pencegahan Penganiaya­an Haiwan (SPCA) Selangor dan Persatuan Psikiatri Malaysia.

Beliau juga adalah Ahli Majlis Keselamata­n Aktiviti Air Negara (MKAA), Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental dan Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia.

 ??  ?? HANNAH menyerahka­n Anugerah Pencapaian Seumur Hidup (Tanggungja­wab Sosial) CSR Malaysia Awards 2019 kepada Lee.
HANNAH menyerahka­n Anugerah Pencapaian Seumur Hidup (Tanggungja­wab Sosial) CSR Malaysia Awards 2019 kepada Lee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia