Harian Metro

32 pembeli rumah mampu milik fail saman

-

Seramai 32 pembeli rumah mampu milik di taman perumahan Padang Setenga, Kuala Berang, Hulu Terengganu memfailkan saman kepada pemaju perumahan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam kerana gagal menyiapkan kediaman mereka.

Semua mereka selaku plaintif memfailkan writ saman berkenaan di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed melalui peguam cara Mohd Hazwan Hamidun dan Nuzul Fitri Mohd Yoki dari Tetuan Rafaei & Co.

Menerusi writ saman itu plaintif menamakan sebuah syarikat pemaju perumahan, SE Purnama Developmen­t Sdn Bhd sebagai defendan pertama dan pemilik tanah, Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu yang juga anak syarikat milik kerajaan negeri selaku defendan kedua.

Menurut pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa rumah dibeli sekitar 2011 hingga 2015 gagal disiapkan pemaju dan terbengkal­ai sehingga kini.

Malah, mereka juga terpaksa membayar pinjaman dengan institusi kewangan seperti bank dan lain-lain selepas membuat pinjaman bagi membeli rumah terbabit.

Semua plaintif turut memfailkan sembilan tuntutan terhadap dua defendan terbabit.

 ??  ?? WAN Mohd Ruslan Wan Abdullah (dua dari kiri) mewakili 32 pembeli rumah mampu milik taman perumahan Padang Setenga.
WAN Mohd Ruslan Wan Abdullah (dua dari kiri) mewakili 32 pembeli rumah mampu milik taman perumahan Padang Setenga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia