Harian Metro

3,000

-

Keropok lekor ‘Ghani Black’ terkenal di bandar Kuantan apabila mendapat permintaan tinggi daripada lebih 50 pelanggan tetap yang menunggu bekalan keropok itu setiap hari dengan kira-kira 3,000 batang keropok dikeluarka­n dalam sehari.

Menurut Md Rizuwan Md Roni, 38, perniagaan itu diasaskan arwah bapanya, Md Roni Mamat, 11 tahun lepas yang nekad untuk tidak turun ke laut sebagai nelayan tetapi memulakan perniagaan keropok lekor secara kecil-kecilan di Kampung Peramu.

Md Roni yang berasal dari Kampung Kuala Ibai, Terengganu berkata, perniagaan itu kini mampu membuka peluang pekerjaan kepada 15 pekerja tetap yang terdiri daripada saudara-mara selain mewarisi resipi keluarga secara turun-temurun dari Terengganu yang turut mengusahak­an perniagaan keropok lekor.

Katanya, keropok lekor yang dihasilkan itu menggunaka­n ikan tamban dan selayang sahaja dan perlu melalui enam peringkat iaitu membersihk­an, mengasingk­an isi dan tulang, diadun dengan tepung dan sagu serta tiga perisa, menguli dan membentuk keropok serta merebus sebelum dijual kepada pelanggan. - Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia