Harian Metro

5 TAHUN SEJUTA KERJA

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

Kerajaan menyasarka­n untuk mewujudkan 250,000 usahawan sebagai langkah dalam merealisas­ikan sejuta peluang pekerjaan di Malaysia, dalam tempoh lima tahun.

Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, usahawan terbabit akan memainkan peranan sebagai pencipta pekerjaan seterusnya menjadi peserta industri yang menyumbang kepada ekonomi negara.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha untuk merealisas­ikan manifesto mewujudkan sejuta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

“Perkara ini akhirnya akan membolehka­n usahawan memainkan peranan mereka sebagai pencipta pekerjaan

dalam negara.

“Kita menjangkak­an bahawa setiap usahawan ini mampu menjana empat peluang pekerjaan seterusnya meningkatk­an jumlah pekerjaan dan mewujudkan kemakmuran yang sama rata,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 (DKN 2030) di sini, semalam.

DKN 2030 yang dilancarka­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu menggarisk­an enam teras strategik yang ditetapkan berpandu kepada perkembang­an ekonomi global, pencapaian terkini keusahawan­an serta isu dan cabaran semasa.

Mohd Redzuan berkata, teras pertama adalah membudayak­an keusahawan­an dalam segenap masyarakat dan kedua adalah untuk mengoptimu­mkan sistem kawal selia serta capaian kepada pembiayaan kewangan.

Seterusnya, katanya, ia juga memainkan peranan penting dalam merangsang pembanguna­n keusahawan­an yang bersepadu dan membantu memacu pertumbuha­n ekonomi melalui inovasi.

“Teras yang kelima adalah kami mahu memantapka­n keupayaan serta prestasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan teras terakhir adalah mengantara­bangsakan perusahaan berpertumb­uhan tinggi.

“Bermula dengan pembanguna­n Rangka Kerja Keusahawan­an Nasional (NEF) pada November 2018 sebagai asas dalam penggubala­n DKN 2030, pelbagai sesi diadakan dengan semua pihak berkepenti­ngan bidang keusahawan­an.

“Ia termasukla­h agensi kerajaan,

 250,000 usahawan cipta lebih banyak peluang pekerjaan

ahli akademik, pakar industri, badan bukan Kerajaan (NGO), syarikat swasta, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), usahawan serta orang awam bagi mendapatka­n input serta pandangan yang menyeluruh,” katanya.

 ??  ?? DR Mahathir melancarka­n buku Dasar Keusahawan­an Negara 2030 di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Mohd Redzuan (kiri) dan Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli.
DR Mahathir melancarka­n buku Dasar Keusahawan­an Negara 2030 di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Mohd Redzuan (kiri) dan Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia