Harian Metro

Malaysia destinasi terbaik melabur

-

Malaysia muncul sebagai negara terbaik dunia untuk melabur atau menjalanka­n perniagaan bagi 2019, menurut majalah CEOWORLD.

Poland di tempat kedua, diikuti Filipina, Indonesia dan Australia dengan Malaysia terus menjadi destinasi paling menarik untuk pelabur dan ahli perniagaan dalam kalangan 67 negara yang dinilai.

Menurut CEOWORLD, penarafan itu berdasarka­n 11 faktor berbeza, termasuk rasuah, kebebasan (peribadi, perdaganga­n, dan kewangan), tenaga kerja, perlindung­an pelabur, infrastruk­tur, cukai, kualiti hidup dan birokrasi.

Penarafan itu meletakkan Singapura di tempat keenam, diikuti India, Republik Czech, Sepanyol dan Thailand. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia