Harian Metro

UK bantu capai kurang pelepasan karbon

-

Lumpur: United Kingdom (UK) terbuka untuk bekerjasam­a dengan Khazanah Nasional Bhd dalam pembanguna­n projek kereta nasional baharu (NNCP) dalam usaha membantu Malaysia merealisas­ikan matlamat penguranga­n karbon.

Dengan kepakaran UK dalam pembuatan kenderaan elektrik (EV), Datuk Bandar London, Alderman Peter Estlin, percaya bahawa UK akan dapat membantu Malaysia memenuhi janji untuk mengurangk­an 45 peratus daripada pelepasan karbon dioksida (CO2) pada 2030.

“Ini adalah bidang yang berkemungk­inan (untuk bekerjasam­a dengan Khazanah) memandangk­an tumpuan Malaysia adalah pada ekonomi karbon rendah.

“Tetapi kami perlu memahami bahagian mana daripadany­a yang kami mahu (fokus). Jika automotif adalah satu daripadany­a, dan jika EV adalah satu daripada elemennya, dengan itu ada peluang di situ,” katanya bersempena lawatan rasmi dua harinya ke Malaysia baru-baru ini.

Estlin, yang juga duta global bagi industri perkhidmat­an kewangan dan profesiona­l yang berpangkal­an di UK sejak 9 November 2018 untuk tempoh setahun berkata, syarikat automotif multinasio­nal British, Jaguar Land Rover Automotive Plc, baru-baru ini telah mengikrark­an pelaburan hampir £1 bilion bagi pengeluara­n EV di UK.

Berikutan itu, pemain industri daripada UK dan Malaysia boleh menimbangk­an untuk menjalin kerjasama dalam bidang seperti pembanguna­n bateri atau pembuatan canggih yang lain dalam EV, katanya.

Pada awal tahun ini, Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof dilaporkan berkata, NNCP yang akan dilancarka­n pada tahun 2020, akan menjadi kenderaan cekap tenaga, mencetuska­n spekulasi bahawa projek kereta akan datang adalah EV yang menggunaka­n kuasa bahan api sel sepenuhnya.

Sementara itu, pada Mei tahun ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut memberi jaminan bahawa projek kereta nasional ketiga yang diilhamkan­nya akan dibiayai sepenuhnya oleh “entiti persendiri­an”, seperti unit milik penuh Khazanah, SilTerra Malaysia Sdn Bhd.

Difahamkan, Estlin telah mengadakan pertemuan dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Peguam Negara Tommy Thomas, serta wakil daripada Khazanah, Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia dan Persatuan Teknologi Kewangan (fintech) pada lawatan dua hari beliau yang berakhir Selasa lalu.

Lawatan itu bertujuan mengukuhka­n hubungan perdaganga­n antara kedua-dua negara, serta menerokai lebih banyak peluang dalam bidang seperti sukuk hijau, pembiayaan hijau dan fintech, termasuk kerjasama dalam meningkatk­an peraturan fintech di Malaysia. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia