Harian Metro

Unit ECRL promosi pembanguna­n

-

Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (Mida) mewujudkan Unit Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menjadi pusat khusus untuk memudahkan dan mempromosi pembanguna­n Projek-Projek Pemecut Ekonomi (EAP) di sepanjang koridor ECRL.

Mida dalam kenyataan berkata, unit berkenaan kini dalam proses menyalurka­n maklumat serta mempromosi EAP berkaitan.

“EAP itu akan turut meliputi pembanguna­n sebuah taman industri di Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjun­g Malaysia bagi menarik perdaganga­n dan pelaburan di sepanjang koridor ECRL,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia