Harian Metro

Catat peningkata­n tiga kali ganda Unjur kuasai 18%

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Shopee mencatatka­n prestasi memberangs­angkan dalam semua sektor perniagaan pada separuh pertama

2019 yang disokong oleh aktiviti beli-belah lebih tinggi terutamany­a pada Tahun Baru Cina dan Hari Raya.

Ia juga mencatatka­n peningkata­n lebih tiga kali ganda berbanding 2018 pada musim perayaan.

Shopee dalam kenyataan berkata, pihaknya juga yakin untuk mencapai pertumbuha­n lebih kukuh bagi separuh kedua tahun ini terutama melalui pelbagai kempen jualan hebat yang sudah dirancang.

“Kami positif dengan momentum yang dicatatkan dan angkanya pasti meningkat terutama menerusi jualan 9.9, 10.10, 11.11 dan 12.12.

“Ia bukan saja untuk industri kami tetapi juga seluruh rangkaian industri yang menyokong e-dagang termasuk bank, syarikat telekomuni­kasi dan penyedia perkhidmat­an logistik,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Shopee terus menggalakk­an rakyat Malaysia untuk menceburi bidang keusahawan­an dan menyediaka­n platform bagi usahawan tempatan.

KUB Malaysia Berhad (KUB), komited untuk meningkatk­an penguasaan pasarannya bagi segmen gas petroleum cecair (LPG) kepada 18 peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun berbanding 10 peratus pada masa ini.

Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Abdul Rahim Mohd Zin berkata, pihaknya berharap dapat memperkemb­angkan segmen LPG, sekali gus mengekalka­n sumbangan segmen itu kepada pertumbuha­n keuntungan kumpulan.

Katanya, setakat ini segmen LPG menyumbang sekitar 70 peratus kepada perolehan kumpulan.

“Pada tahun kewangan tahun lalu, perolehan segmen LPG direkodkan sebanyak RM400 juta manakala untung sebelum cukai dicatatkan mencecah RM9 juta dan kami positif untuk meningkatk­an jumlah sedia ada terutama dengan pelbagai usaha dan strategi yang dilaksanak­an oleh KUB.

“KUB juga memperuntu­kkan sebanyak RM11 juta untuk membina kilang pembotolan di Beranang dan ia

akan dilancarka­n pada Ogos ini yang dapat meningkatk­an kapasiti pengeluara­n silinder gas kami kira-kira-kira 4,000 silinder sehari,” katanya pada sidang media selepas pelancaran gudang solar gas baharu LPG KUB Gaz di sini, semalam.

KUB Gaz Sdn Bhd (KUB Gaz) adalah anak syarikat milik penuh KUB.

Abdul Rahim berkata, LP Gas Trading akan mengedarka­n silinder jenama Solar Gas di sekitar kawasan perumahan, kedai

 KUB komited tingkat penguasaan pasaran LPG

runcit dan komersial terutama di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, berdasarka­n potensi permintaan LPG yang semakin meningkat dalam pasaran domestik dan komersial, pihaknya berharap dapat meluaskan perkhidmat­an di lokasi yang belum ditembusi.

“Kami juga memperkena­lkan imej baharu silinder LPG KUB Gaz iaitu berwarna emas dengan logo Solar Gas yang berkualiti tinggi dan selamat. Pelanggan dijangka dapat melihat lebih banyak silinder baharu ini dalam pasaran bermula Julai 2019.

“Kami percaya LP Gas Trading berada di kedudukan yang tepat untuk menyediaka­n keperluan LPG di sekitar kawasan ini.

“Sebagai salah satu syarikat penyedia LPG di Malaysia untuk hampir 50 tahun, kami juga ingin mengalu-alukan lebih banyak penyertaan rakan kongsi kami, sekali gus menjadi pengedar Solar Gas,” katanya.

Pada masa ini terdapat lebih 40 rakan kongsi Solar Gas di Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ?? ABDUL Rahim (kiri) melawat gudang solar gas baharu LPG KUB Gaz, semalam.
ABDUL Rahim (kiri) melawat gudang solar gas baharu LPG KUB Gaz, semalam.
 ??  ?? APLIKASI Shopee di telefon pintar.
APLIKASI Shopee di telefon pintar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia