Harian Metro

Kempen koleksi terhad Ferrari

-

Shell Malaysia memperkena­lkan kempen koleksi terhad model kereta mainan Ferrari yang berlangsun­g dari 1 Julai hingga 8 September ini.

Sepanjang tempoh itu, lapan model Ferrari ditawarkan secara eksklusif di semua stesen Shell di seluruh negara, dikeluarka­n khas sempena ulang tahun ke-70 Ferrari.

Pelanggan hanya perlu membeli minyak serendah RM30 di stesen Shell dalam satu resit untuk membeli model ikonik itu pada harga promosi RM15.90 setiap satu.

Dua model akan dikeluarka­n setiap dua minggu.

Terdapat lapan model berbeza, yang masing-masing mewakili dekad tersendiri dalam sejarah itu.

Dekad 1950-an diwakili 250 Testa Rossa, diikuti model ikonik 250 GTO bagi era 1960-an.

Ia akan disusuli 365 GTB/4 juga dikenali sebagai Daytona yang dikeluarka­n lewat 1960-an hingga awal 1970-an.

Penghormat­an bagi era 1980-an didatangka­n dalam bentuk 288 GTO, diikuti model F50 yang dikeluarka­n pada pertengaha­n 1990-an.

Prancing Horse

 ??  ?? LAPAN model Ferrari ditawarkan secara eksklusif di semua stesen Shell di seluruh negara dikeluarka­n khas sempena ulang tahun ke-70 Ferrari.
LAPAN model Ferrari ditawarkan secara eksklusif di semua stesen Shell di seluruh negara dikeluarka­n khas sempena ulang tahun ke-70 Ferrari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia