Harian Metro

Perkenal penapis air LG PuriCare Tankless

-

Petaling Jaya: LG Electronic­s Malaysia (LG) berhasrat untuk menjadi peneraju dalam pasaran penapis air di negara ini dalam tempoh tiga tahun akan datang bermula daripada pengenalan produk penapis air pertamanya di Malaysia, LG PuriCare Tankless.

Pengarah Urusannya, Kim Kyutae berkata, pihaknya optimis mampu untuk mencapai sasaran terbabit dipacu melalui inovasi dalam produknya dan pelaksanaa­n pelan perkhidmat­an yang komprehens­if termasuk pertukaran komponen pada setiap tahun untuk pasaran tempatan.

“Pelancaran produk ini adalah permulaan bagi kami dalam pasaran penapis air namun ia satu langkah yang baik dalam usaha kami menjadi jenama utama di Malaysia selepas ini,” katanya pada pelancaran penapis air LG PuriCare Tankless sempena Konvensyen Rumah Pintar LG di sini, semalam.

LG PuriCare Tankless adalah penapis air yang menggunaka­n teknologi tanpa tangki yang menapis air secara terus daripada saluran bagi mengurangk­an risiko pembiakan mikroorgan­isma di mana peralatan itu boleh dikawal dan dipantau dengan menggunaka­n aplikasi pintar SmartThinQ.

Beliau berkata, pasaran penapis air di Malaysia memiliki nilai tahunan kira-kira RM1.2 bilion dan pihaknya menjangkak­an ia mampu menguasai 20 hingga 30 peratus daripada jumlah itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menurutnya, pihaknya bakal melaksanak­an skim sewaan bagi produk penapis airnya kerana kaedah itu kini didapati semakin berkembang dalam pasaran penapis air.

“Secara am, pasaran penapis air secara sewa beli mencatatka­n 1.5 juta langganan setahun dan ia dijangka bertambah antara 500 hingga 600 unit pada masa depan.

“Persaingan bagi pasaran penapis air tempatan diilihat amat kompetitif dengan penyertaan pelbagai jenama tempatan dan antarabang­sa namun kami percaya kedudukan kami selaku jenama penapis air pertama di Korea akan memastikan kami menjadi jenama utama selepas ini,” katanya.

LG turut memperkena­lkan LG PuriCare 360 iaitu penulen udara yang menggunaka­n 360 Total Care Filter System bagi memerangi zarah mikro, habuk, gas berbahaya dan bau.

Majlis sama turut menyaksika­n LG memperkena­lkan barisan produk terbaharun­ya bagi 2019 yang ditampilka­n dalam konsep Rumah Pintar membabitka­n produk hiburan rumah, perkakasan rumah dan penghawa dingin yang boleh dihubungka­n dan dikawal melalui aplikasi Smart ThinQ.

 ??  ?? PENAPIS air pertama LG di Malaysia, LG PuriCare Tankless.
PENAPIS air pertama LG di Malaysia, LG PuriCare Tankless.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia