Harian Metro

DATUK BANDAR JADI OKU

- Agensi

 Menyamar untuk siasat layanan buruk pegawai kerajaan terhadap golongan itu

Datuk Bandar Cuauhtemoc, Carlos Tena sering menerima aduan daripada golongan kelainan upaya (OKU) mengenai layanan pegawai kerajaan terhadap mereka tetapi aduan itu sering dinafikan pegawainya sendiri.

Kerana tidak tahu pihak mana yang mahu dipercayai­nya, datuk bandar di negeri Chihuahua, Mexico itu akhirnya mengambil keputusan menyamar sebagai OKU untuk melihat layanan yang diterima golongan itu daripada pegawai kerajaan.

Mexico News Daily melaporkan, dengan memakai baju sejuk yang menutup sebahagian mukanya dan juga

topi, cermin mata hitam serta balutan di kepala, Tena yang memakai kerusi roda datang ke pejabat Pembanguna­n Sosial untuk meminta bantuan.

Di pejabat itu, Tena berjumpa seorang pegawai dan meminta skim bantuan makanan percuma yang dikhaskan untuk golongan OKU dan miskin tetapi permintaan­nya ditolak malah dia dilayan dengan kasar.

Selepas mengalami pengalaman buruk di pejabat itu, Tena melawat pula pejabatnya sendiri dan meminta untuk berjumpa datuk bandar tetapi pegawai memberitah­u datuk bandar tiada di pejabat.

Apabila Tena meminta untuk berjumpa Setiausaha Majlis Perbandara­n, pegawai itu dengan kasar memintanya menunggu di koridor dan dia menunggu di situ selama sejam setengah.

Pada waktu itu, Tena yakin aduan yang diterimany­a selama ini adalah berasas dan dia terus bangun dari kerusi roda lalu mendedahka­n wajahnya menyebabka­n pegawai di pejabatnya terkejut besar.

“Tujuan kajian itu adalah untuk menunjukka­n realiti yang rakyat hadapi setiap hari apabila diberi layanan tidak adil dan cuai oleh penjawat awam.

“Saya lakukan penyamaran ini kerana tidak tahu siapa yang mahu dipercayai, orang awam atau pegawai saya,” kata Tena dalam satu sidang media baru-baru ini.

Menurutnya, tidak semua pegawai kerajaan yang melayannya dengan teruk ketika penyamaran itu dan dia memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka sekiranya dia menerima aduan seperti itu lagi.

 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n dan penduduk tempatan mencari mangsa dalam nahas dua kereta api bertembung di Rahim Yar Khan,
Punjab, Pakistan. Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dan lebih 60 yang lain cedera dalam kejadian itu. - AFP
ANGGOTA keselamata­n dan penduduk tempatan mencari mangsa dalam nahas dua kereta api bertembung di Rahim Yar Khan, Punjab, Pakistan. Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dan lebih 60 yang lain cedera dalam kejadian itu. - AFP
 ??  ?? TENA menyamar sebagai OKU ketika melawat pejabat kerajaan untuk melihat layanan yang diterima golongan itu. - Agensi
TENA menyamar sebagai OKU ketika melawat pejabat kerajaan untuk melihat layanan yang diterima golongan itu. - Agensi
 ??  ?? TENA
TENA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia