Harian Metro

Mayat ‘menangis’ sebelum dibakar

-

New Delhi: Seorang ibu yang membuat persiapan untuk membakar mayat anaknya terkejut apabila melihat remaja lelaki itu tiba-tiba menangis sebelum disahkan masih hidup oleh doktor.

Gandham Kiran dirawat di hospital 26 Jun lalu akibat jangkitan hepatitis sebelum doktor mengesahka­nnya mengalami mati otak dan tidak dapat diselamatk­an lagi.

Melihat keadaan itu, keluargany­a membawa pelajar kolej itu pulang ke rumahnya di Telagana dan tidak lama kemudian Kiran dilaporkan meninggal dunia.

Ketika ibunya, Saidamma melihat wajah anaknya buat kali terakhir sebelum mayatnya dibakar wanita itu terkejut selepas melihat remaja itu mengalirka­n air mata.

“Saudara-mara segera menghubung­i doktor yang kemudian mengesahka­n anak saya masih mempunyai nadi,” katanya kepada Hindustan Times.

Menurutnya, Kiran bernasib baik apabila dia melihat anaknya mengalirka­n air mata kerana keluargany­a sudah membuat persiapan termasuk menyusun kayu api untuk upacara membakar mayat.

Pelajar berusia 18 tahun itu dibawa ke hospital dan dia tersedar tiga hari kemudian sebelum dibenarkan pulang pada Ahad lalu. - Agensi

 ??  ?? SAIDAMMA menyuap minuman kepada Kiran yang hampir dibakar kerana disangka sudah meninggal dunia. - Agensi
SAIDAMMA menyuap minuman kepada Kiran yang hampir dibakar kerana disangka sudah meninggal dunia. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia