Harian Metro

‘Neraka’ 20 minit

Pelancong maut, ribut besar tiba-tiba landa pantai popular dalam bencana pelik

-

Tujuh pelancong termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam ribut besar yang tiba-tiba melanda kawasan pantai popular di Greece dengan mangsa yang terselamat menyifatka­n pengalaman ‘bagai neraka’ malah ada yang mendakwa diterbangk­an angin kencang.

Pelancong yang maut dari Republik Czech, Russia dan Romania, manakala sekurang-kurangnya 23 orang turut cedera dalam kejadian yang hanya mengambil masa 20 minit itu, kata pihak berkuasa. Laporan turut mengatakan mayat ketujuh ditemui semalam, dipercayai nelayan tempatan.

“Keadaan memang bagai neraka. Orang ramai yang panik melolong dan bertempiar­an berlari mencari tempat berteduh,” kata Haris Lazaridis kepada AFP.

Lazaridis adalah pemilik rumah tumpangan di mana seorang wanita Romania dan anak lelakinya berusia lapan tahun terbunuh selepas bumbung bangunan itu roboh. Katanya, kira-kira 100 orang berteduh di rumah tumpangann­ya ketika bumbungnya roboh.

Seorang wanita turut mendakwa diterbangk­an angin kencang ke dalam tong sampah yang kemudian tergolek.

Pelancong, Kyriakos Athanasiad­is, 39, berkata: “Memang ajaib hanya enam orang maut. Keadaan begitu huru-hara, semua restoran di situ dipenuhi orang ramai yang berteduh ketakutan, manakala di luar dapat dilihat objek besar berterbang­an akibat angin kencang.”

Seorang lagi pemilik rumah tumpangan di tepi pantai di Sozopoli melihat sebuah karavan milik keluarga pelancong dari Republik Czech dimusnahka­n ribut.

“Saya melihat karavan itu terbalik dan rabak. Ia diangkat angin tidak ubah seperti kotak mancis,” katanya.

Sepasang suami isteri berusia 70-an maut dalam karavan berkenaan, manakala anak lelaki dan cucu masing-masing berusia 48 serta 19 tahun cedera.

Sementara itu, jurucakap kerajaan

Stelios Petsas berkata, kawasan itu dibadai angin dengan kelajuan lebih 100 kilometer sejam.

Menurutnya, 23 orang masih dirawat di hospital termasuk seorang wanita berusia 72 tahun yang dalam keadaan kritikal.

Menurut saksi, ribut itu hanya selama 20 minit, namun menyebabka­n kenderaan terbalik, pokok tumbang dan tanah runtuh.

Cuaca seperti itu amat jarang berlaku di Greece yang terkenal dengan cuaca panas kering, malah suhu sejak dua hari lalu mencecah 37 Celsius.

Ketua perlindung­an awam utara Greece, Charalambo­s Steriadis turut menyifatka­n ribut berkenaan sebagai fenomena yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Pihak berkuasa mengisytih­arkan darurat dan sekurang-kurangnya 140 pekerja penyelamat terbabit dalam operasi yang turut dibantu tentera.

Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis yang baru dilantik selepas pilihan raya Ahad lalu membatalka­n semua mesyuaratn­ya untuk menangani kejadian itu.

 ?? - AFP - AFP ?? ANGGOTA bomba memotong pokok yang tumbang. - Agensi DUA wanita mencari barangan mereka di pantai yang dimusnahka­n ribut. KARAVAN milik keluarga dari Republik Czech di mana pasangan suami isteri warga emas terbunuh.
- AFP - AFP ANGGOTA bomba memotong pokok yang tumbang. - Agensi DUA wanita mencari barangan mereka di pantai yang dimusnahka­n ribut. KARAVAN milik keluarga dari Republik Czech di mana pasangan suami isteri warga emas terbunuh.
 ?? - Daily Mail ?? SEORANG lelaki berlari mencari tempat teduh ketika ribut melanda.
- Daily Mail SEORANG lelaki berlari mencari tempat teduh ketika ribut melanda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia