Harian Metro

Ingatkan hilang, rupanya dimakan anjing

-

Texas: Misteri seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak April lalu akhirnya terbongkar apabila dia sebenarnya mati dalam keadaan mengerikan akibat dibaham 18 anjing peliharaan­nya sendiri, kata pihak berkuasa.

Sky News melaporkan, hanya serpihan tulang berukuran antara lima sentimeter hingga 12 sentimeter yang ditemui dari mayat Freddie Mack, 57, selepas 18 anjing baka campuran yang dipelihara­nya membaham seluruh tubuhnya termasuk pakaian dan rambut.

Pejabat Syerif Daerah Johnson berkata, ujian DNA ke atas serpihan tulang ditemui dalam najis anjing itu menunjukka­n ia milik mangsa.

“Kami tidak pernah dengar seluruh tubuh manusia dimakan anjing.

“Malah tulangnya patah sepenuhnya dan dimakan,” kata Aaron Pitts, jurucakap Pejabat Syerif Johnson County.

Washington Post melaporkan, mangsa mempunyai masalah kesihatan serius, namun tidak diketahui sama ada anjing itu membunuh mangsa atau dia meninggal dunia kerana sakit sebelum dibaham anjing yang kelaparan.

Pada 9 Mei lalu, mangsa dilaporkan hilang dari rumahnya di Venus, Dallas oleh ahli keluargany­a selepas mereka tidak mendengar berita darinya sejak pertengaha­n April lalu.

Selepas beberapa hari, penyiasat menemui najis haiwan mengandung­i rambut manusia, pakaian dan serpihan tulang.

Ia dihantar ke Pusat untuk Pengenalan Mayat Manusia Universiti of North Texas dan padan dengan DNA mangsa. - Agensi

 ??  ?? FREDDIE Mack
FREDDIE Mack

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia