Harian Metro

Penumpang panik juruterban­g pengsan dalam pesawat

-

Moscow: Penumpang dan anak kapal sebuah pesawat penerbanga­n cemas selepas juruterban­g tiba-tiba pengsan ketika kapal terbang itu sedang menurun untuk mendarat di sebuah lapangan terbang di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, insiden mengejutka­n itu tidak menyebabka­n sebarang kejadian tidak diingini berlaku apabila pembantu juruterban­g berjaya membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Kaluga.

Mirror Online melaporkan, pesawat milik syarikat penerbanga­n Montenegro yang membawa 85 penumpang itu berlepas dari Tivat, Montenegro pada pagi dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow.

Ketika pesawat itu sedang menurun untuk mendarat juruterban­g yang mungkin tidak sihat keluar dari kokpit untuk ke tandas sebelum pengsan di hadapan penumpang menyebabka­n mereka cemas.

Seorang penumpang yang dikenali sebagai Nastya memberitah­u, keadaan menjadi semakin panik apabila pesawat itu bergerak ke kiri dan kanan serta bergoyang.

Media tempatan melaporkan, juruterban­g itu mungkin mengalami serangan jantung tetapi dia sedar semula selepas pesawat berkenaan mendarat.

Juruterban­g itu menegaskan dia masih mampu menjalanka­n tugas semula selepas 20 minit berehat, namun dihantar ke hospital dengan ambulans.

Doktor menafikan juruterban­g itu mengalami serangan jantung, sebaliknya dia pengsan kerana masalah otot ketika dalam penerbanga­n. - Agensi

 ??  ?? JURUTERBAN­G (dalam bulatan) dihantar ke hospital untuk rawatan selepas pengsan di dalam pesawat. - Agensi
JURUTERBAN­G (dalam bulatan) dihantar ke hospital untuk rawatan selepas pengsan di dalam pesawat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia