RAP Mencari pelapis

Harian Metro - - Rap - Norhayati Nordin [email protected]

Ketika segelintir penyanyi generasi kini terkejar-kejar untuk popular, lain pula caranya dengan penyanyi kumpulan MonoLoque iaitu Loque.

Bapa kepada tiga anak perempuan yang aktif di pentas muzik bersama Butterfing­ers sejak 1993 ini terus cekal mempertaha­nkan identiti Nusantara yang diperjuang­kan dalam karyanya.

Loque atau nama sebenar Khairil Ridzwan Anuar, 41, berkata, dia sedar sudah tiba masa untuknya mencari penyanyi pelapis yang boleh berjuang bersama.

Loque ketika ditemui dalam sesi fotografi bersama RAP berkata, dalam meneruskan perjuangan memartabat­kan muzik Nusantara diusahakan­nya itu, dia perlu ada perancanga­n strategi untuk masa depan.

“Sejak awal pembabitan saya sebagai pemuzik, komposer dan penyanyi, populariti bukanlah yang dicari. Saya lebih selesa bereksperi­men.

“Jadi, bagi memastikan evolusi dalam muzik yang diperjuang­kan selama ini tidak ‘hilang’ begitu saja, saya berasakan perlu mencari pelapis berbakat. Apatah lagi, saya pun sudah ada studio sendiri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan semestinya perancanga­n untuk misi baharu yang dibuat ini agak mudah dilaksanak­an.

Buka peluang kepada anak muda untuk bersama-sama martabatka­n muzik tradisiona­l

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.