TERKINI UNTUK PENONTON CILIK

Harian Metro - - Rap - Syafil Syazwan Jefri [email protected]

Siri animasi di HBO Go ditambah nilai, bukan sekadar berhibur tapi belajar perkara baharu

Laman penstriman, HBO Go kini hadir dengan beberapa buah tangan baharu istimewa untuk kanak-kanak dan sesuai untuk ditonton seluruh keluarga.

Selepas menampilka­n lebih 3,500 jam filem blockbuste­r dan pelbagai kandungan HBO Original dari Amerika Syarikat serta Asia, HBO Go hadir dengan 700 episod program kanakkanak berkualiti.

Terkini, HBO Go menambah nilai di laman penstriman mereka dengan menayangka­n dua musim siri animasi Peppa Pig yang menjadi fenomena dalam kalangan kanak-kanak.

Bermula 1 Julai lalu, pelanggan HBO Go akan dapat menonton secara penstriman dan memuat turun semua episod daripada musim pertama dan musim kedua Peppa Pig.

Semua itu akan membawa penonton untuk meneroka bersama Peppa dalam 104 episod dan menyaksika­n Peppa bermain sambil belajar.

Secara tak langsung, kanak-kanak tidak hanya sekadar berhibur, tetapi juga dapat belajar perkara baharu di luar kotak fikiran mereka secara kreatif.

Selain itu, penonton kanak-kanak juga berpeluang untuk menonton siri We Bare Bears bersama keluarga di HBO Go.

Tidak cukup dengan itu, beberapa siri animasi lain yang popular di Cartoon Network dapat disaksikan antaranya Adventure Time, Ben

10: Omniverse, Dexter's Laboratory, Foster's Home For Imaginary Friends,

The Powerpuff Girls dan Sesame Street.

Antara filem yang sudah dan bakal ditayangka­n di HBO Go, sesuai untuk kanak-kanak pula adalah Teen Titans Go! To The Movies pada 29 Jun lalu, Lego DC Super Hero Girls: Super-villain High pada 6 Julai lalu dan akan datang, Alex & Me pada 9 Ogos depan.

Dengan adanya pelbagai tayangan menarik untuk kanak-kanak dan sesuai untuk seisi keluarga, itu sekali gus menjadikan HBO Go sebagai satu platform yang sesuai untuk semua.

Apa yang pasti, penonton terutama kanakkanak Malaysia tidak akan kecewa dengan pelbagai kandungan menarik yang boleh ditonton di mana saja pada bila-bila masa.

BEN 10: Omniverse

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.