Harian Metro

BELA PENGGIAT NASYID

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Walaupun genre nasyid dilihat tidak segah dahulu, perkembang­annya mengikuti peredaran zaman dan masih relevan.

Menariknya, nasib penggiat seni nasyid tempatan tetap dibela dengan adanya penubuhan Majlis Usahawan Nasyid Malaysia atau Munsyid Malaysia.

Munsyid Malaysia yang ditubuhkan sejak 2012 sudah mengumpul hampir 1,000 ahli berdaftar di seluruh negara merangkumi penyanyi nasyid, penerbit lagu, komposer dan penulis lirik termasuk syarikat rakaman.

Sentiasa peka dengan perkembang­an industri hiburan tanah air,

Munsyid Malaysia juga menggalakk­an ahlinya menceburi perniagaan selain memberi fokus pada kerjaya seni dibina.

Pengerusin­ya, Muhamad Razin Che Mud berkata, Munsyid Malaysia sentiasa berusaha menyalurka­n khidmat terbaik buat ahlinya dalam segala aspek seperti perjalanan karier, permasalah­an berlaku dan kebajikan.

“Munsyid Malaysia aktif dalam menggalas tanggungja­wab di amanahkan dan sebagai tanda keprihatin­an pada isu semasa, perjumpaan untuk perbincang­an sesama ahli dilakukan pada setiap bulan.

“Alhamdulil­lah usaha murni dibuat Munsyid Malaysia sentiasa disambut positif semua ahli yang begitu memberi komitmen, saling membantu dan memupuk hubungan persaudara­an yang baik,” katanya.

Sehubungan itu, Munsyid Malaysia juga melancarka­n Tabung Rayuan Kutipan Sumbangan bagi membantu dua ahli yang berhadapan ujian kesihatan.

“Ahli yang perlu dibantu itu ialah anggota kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin yang diuji dengan penyakit buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis.

“Manakala, seorang lagi ialah anggota kumpulan Pawana, Fadzil Mohd Fuad berhubung masalah bayi kembarnya yang mengalami komplikasi kesihatan selepas lahir,” katanya.

Muhamad Razin memohon orang ramai yang prihatin menghulurk­an bantuan sumbangan mereka

Munsyid Malaysia galak ahli ceburi perniagaan selain fokus pada kerjaya seni

kepada Fadzil sekeluarga yang ditimpa ujian .

“Bayi kembar perempuan yang diberi nama Farhanah Khadijah dan Farhah Khadijah itu memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM30,000 untuk menjalani rawatan masalah kelemahan fungsi paruparu.

“Segala maklumat lanjut membabitka­n akaun Fadzil untuk sumbangan itu sudah dikemas kini di Facebook dan Instagram Munsyid Malaysia,” katanya.

Kata Muhamad Razin, didoakan buat penderma sumbangan bantuan kewangan dihulur itu mendapat ganjaran baik dan selayaknya daripada Allah SWT.

Tabung Rayuan Kutipan Sumbangan dilancarka­n Munsyid Malaysia pada 3 Julai lalu ketika penganjura­n majlis rumah terbuka sambutan Aidilfitri 2019.

 ??  ??
 ?? FOTO ?? ANTARA ahli yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Munsyid Malaysia, di Dew an Penyayang Sri Damansara, Petaling Jaya, baru-baru.
FOTO ANTARA ahli yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Munsyid Malaysia, di Dew an Penyayang Sri Damansara, Petaling Jaya, baru-baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia